Thursday, August 16, 2007

Petua Orang Melayu

Hari ni saya nak bercakap pasal petua. Orang Melayu ni memang terkenal dengan pelbagai petua. Jadi lebih elok kalau kita boleh berkongsi petua mana tahu jika ada yang memerlukan atau mempunyai masalah,bolehlah di cuba beberapa petua ini.
Tercekik Tulang
Ambil sebiji pisang dan dipotong kecil (anggaran 1mm). Ambil pisang dan selawat tiga kali dan telan terus tanpa mengunyah. InsyaAllah berkesan.
Batuk Berpanjangan
Ambil dua biji limau kasturi dan sedikit garam halus. Campurkan dan kacau hingga sebati. Minum dan amalkan tiga kali sehari.
Sakit Kepala
Semasa mahu memulakan mandi, curahkan air di bahagian lutut dahulu sambil berselawat. Selawat sebanyak tiga kali dan curahkan air sehingga badan terasa sejuk atau serasi sedikit dengan air tadi. Kemudian bolehlah mulakan mandian.
Masalah Ketuat
Cuba ambil kapur dan belerang dan perahkan sedikit limau nipis. Gaul semua sehingga menjadi krim. Sapukan pada ketuat dua kali sehari sehingga tertanggal.
SELAMAT MENCUBA!

No comments: